Selasa, 11 Oktober 2016

DIY - OCV

Kereta Jerking - CUCI OCV 

Salam...satu dua hari ni tiba-tiba kereta macam ada jerk...masuk gear N ke D lepas brake kereta mcm jalan tak jalan je...masuk ke gear R pun sama...tekan pedal minyak baru jalan...

sebelum ini tak tekan pedal pun kereta dah jalan...masalah tak berlaku selalu pulak tu...kadang-kadang. Lampu check enjin pun tak menyala. Enjin tak mati...bawa pi check SC Hari ini check tak ada  pulak faulty...

SC suspek OCV (oil control valve). Ada pendapat tak tentang kes macam ini...ingat nak try cuci filter OCV tu dulu..


Dengar harga pun dekat RM800++



Kat mana kedudukan OCV ni?

Bahagian belakang enjin...sebelah pemandu...kena buka cover enjin dan ada nampak wayar masuk ke ocv tu...





Yup...ada 3 filter kat situ...SC cakap ketiga-tiga filter tu sepatutnya tak bergerak... kena selari...


Filter ni boleh dibuka tapi hati-hati...jangan smpai patah...

Dari Drex Chan
Same old story - minyak kena jaga. The solenoid is a very sensitive part as it has a very tight tolerance. Slight contaminant can cause it to jam up. Even using good oil of a viscosity too high can cause issue. 5W30 is preferred.

Simple conceptual explaination - Solenoid buka, minyak masuk VVT phaser, intake valve timing advance. Solenoid tutup, minyak dipicit keluar dari VVT phaser, timing retard balik asal.

In action, solenoid is pulsed by PWM controller to control the amount of oil flowing into the phaser. Cam sensor reads the deflection, and the pulse rate is held to maintain at a certain deflection. Pulsing stops and the valve is back to the rest position, to allow oil to flow out of the phaser.

Sebab apa pagi susah start? Sebab phaser pumped up with oil overnight. Causing intake valve to open too soon, causing a lost in the compression.

Kenapa engine mati masa idling, sebab solenoid sealing dah out, minyak mengalir masuk ke phaser, advancing the intake cam, disrupting the compression at low rev.

Cara - cara mencuci OCV


  • masuk current, rendam dalam minyak engine. Bagi dia pulse.


Dréx Chan ada marking tak utk polarity +ve dan -ve tu?

polarity tak penting. It's a coil.

  • Dah cuci...dan dah test buat cpr...tgk solenoid ada pergerakan...buka dan tutup atau plunger naik dan turun...hopefully ok la....


Siap pasang kembali


Rujukan kes dari:-


Terima kasih pada yg terlibat memberi info2.

-Admin.-

Ahad, 10 April 2016

DIY - Buka Panel AirCond

DIY-Buka Panel AirCond

Tools 1. Skru Driver
         2. Kain @ Tuala

Cara.
1. Untuk membuka suis bulat, tarik suis keluar sebelum umpil panel.(step ni boleh skip, untuk pengetahuan sahaja)


2. Guna skru driver ( - ) untuk umpil panel air-cond

3. Ada lubang dibahagian bawah sebelah kiri dan kanan(arrow biru)



4. Alas dengan kain untuk mengelakkan kesan umpil pada panel plastik.

5. Guna tenaga yang lebih untuk menarik panel sehingga keluar dari cliplock.(bulat kuning)

6. Tanggalkan connector untuk temperature, blower, hazard light, jam.

7. Untuk tukar mentol yang terbakar, pusing connector lampu untuk mengeluarkan mentol yang rosak. (bulat kuning)


8. Masukkan mentol baru, pusing connector untuk lock bulb tersebut.



9.Ulang semula bermula dari proses 6 hingga 4 untuk memasang semula panel.

Selamat mencuba,

Dari Fb

Ahmad Fauzi

DIY - Cara Buka & Pasang Tayar Spare Exora

Sempena dah hujung tahun ni saya plan nk tukar tayar baru,
memandangkan usia Exora hampir 3 tahun sy bercadang menukar 
2 biji tayar hadapan,
sy mengambil langkah membuka tayar spare & 
menggantikan dgn tayar sedia ada dgn bunga 30%
& mencari tayar baru @ 2nd hand dgn jenama & bunga yg sama.

1: Sila cek keadaan tayar & tahun tayar,jgn biarkan terlalu lama di bawah tu .
(tayar yg dh expired lama ni berdengung,getah pon dh keras-kematu)

2: Cara membuka dgn mengumpil bahagian logo tayar,dengan spanar yg diberi buka skru tersebut.(pusing smp skru longgar)
 

3: Tolak bracket tu tu ke atas sambil pusing spanar tersebut,lock bracket akan terbuka dgn sendiri (hati2 keje keras skit)
 
 

4: Sy pergi mencari tayar 2nd champiro bax2 ini di kedai tayar berhampiran,tayar yg sama digunakan oleh model preve,suprima & exora.utk pengetahuan anda tayar baru RM260++ sebiji.Sy beli tayar bunga 60% 2nd rm50 siap balancing+pasang.
gambar di bawah tayar spare yg siap dipasang pd rims standard exora sy.selesai.terima kasih.
 
 

Selamat mencuba

Dari blog RotorMasters

DIY - Buka Bumper & Pasang FogLamp Exora

Salam 1 Malaysia,sebelum ni saya pernah tunjukkan cara memasang foglamp pada exora.kali ni saya sertakan bagaimana cara nk buka & pasang bumper depan model exora untuk varian CFE.

1: buka 2 screw saiz 10" & clip

2: klip perlu dumpil dgn testpen

3: sy menggunakan T 10"

4: buka screw 10" di bahagian no plat

5: keadaan bumper tanpa foglamp

6:buka screw 10" di bawah bumper terdapat 4 screw di bawah bumper.

7: buka 2 klip bumper ,ianya sama seperti klip di atas

8: buka screw di bahagian tepi bumper menggunakan testpen (tanpa perlu ditekan)

9: bila semua dh buka tarik bahagian sisi bumper,sehingga klip terbuka dgn sendiri.

10: pastikan semua screw dibuka & tarik perlahan-lahan.

11: bumper setelah dibuka ,pastikan kedudukan screw & klip tersebut.

12: utk memasang foglamp sy perlu memotong plastik yg bertanda.

13: sy menggunakan cutter.

14: setelah dipotong.


15: pasang 4 screw di bahagian foglamp,sy telah membuat wiring terlebih dahulu sebelum DIY ini,sy tarik wayar baru beserta switch on/off utk foglamp.tujuaanya utk menjaga warranty wiring dari pengeluar MPV tersebut..terima kasih.

Gambar Hiasan:

Contoh Diagram:
Selamat mencuba

Dari blog RotorMasters

Sabtu, 9 April 2016

DIY - Flushing Power Steering Fluid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
DIY Flushing Power stereng fluid Exora Bold CFE..

Setelah merujuk pada u tube maka diy dibuat dengan masa yang terluang nie.. Boleh rujuk gambar.. Millage EB 46k.. — feeling positive in Bangsar.

Ini saje di gunakan utk flushing..Saya guna ATF SPIII 2 liter

Gelap pekat millage 46k..

Ini filter yg ada dalam tabung cecair..

Guna paip kecil utk sedut..

Penyedut cecair

Tambah lebih dari biasa utk engine running dlm 5 minit

Dah 3 kali flushing....sedut last time..

Baru bersih..settle..

Selamat mencuba.

Dari Fb Zali Hassan

DIY - Tukar Sensor Thermo Amp

Selepas solat jumaat, aku cuba cuba melihat cara nak buka laci tepi sebelah kiri kereta exora aku. Padaku amat penting untuk membuka mende ni disebabkan banyak benda boleh diselenggara DIY berkenaan, contohnya penapis Aircond atau dipanggil pollen filter. Ia adalah sisyem yang bagus menyelamatkan system compressor air cond.. jgn jadi seperti kawanku yang pakai avanza 1.3 yang tiada system ini bila tak hantar servis lama naya jer kena seribu lebih RM servis Toyota compressor air cond.



Mula-mula aku siasat pergerakkan mekanikal laci tersebut, memerhatikan cara dilekatkan dan sambungan engsel plastic yang sedia wujud. pastu aku berteori sendiri.. dan memutuskan untuk tarik engsel ketika laci dibuka maksimum. Ianya dilakukan dengan teknik tersebut berdasarkan pertimbangan bahawa rekabentuk dan coraknya memang ada kelegaan untuk buka dan cabut.

Dengan Diiringi bismillah dan doa akupun tarik engsel tersebut ternyata benar memang ia sepertimana teori/ilham yang dijangkakan. Syukurlah tiada apa yang patah. 

Proses pembelajaran sendiriku(berkat bimbingan guru-guru sekolah dan universiti) setakat ini diberi petunjuk dan bimbingan Allahu rabbil 'alamin. Alhamdulillah.

Engsel yang berjaya dicabut

Seterusnya adalah penyangkut yang jadi mengawal had bukaan laci. Ia boleh dibuka dengan menyengetkan laci seperti ditunjukkan dalam gambar.


Kemudian sementara laci masih disengetkan dengan menggunakan jari aku tarik keluar sambungan pengawal had bukaan laci tersebut. Seperti ditunjukkan pada gambar.


Akhirnya laci tersebut berjaya direlaikan keluar. bolehlah kita menyelenggara apa-apa dibelakangnya.

Seterusnya...




inilah dia sensor yang dipanggil thermo sensor yang mengawal suhu dalam kereta exora kalau mender kecik ni rosak maka kita akan dapat sistem aircond yang tiba2 x sejuk dan akibat tiub aircond membentuk ais batu. atau dalam bahasa omputih freezing.... under waranty ni.. masih free.



nanti dah out of warranty kena beli atau buat sendiri sesnsor ni sendiri. siapa yang berminat tahu harganya. bolehlah print gambo ni. lepas tu tunjuk ke kedai spare part air cond dan tanya harga.

Selamat mencuba.

Dari blog Ahazeman.

DIY - Repair Tombol Suiz Aircond EB

Angkara keganasan anak², maka rosaklah tombol suiz aircond EB. Mujur tetiba muncul idea DIY. Alhamdulillah berjaya setel masalah. Jom, tg...