Selepas solat jumaat, aku cuba cuba melihat cara nak buka laci tepi sebelah kiri kereta exora aku. Padaku amat penting untuk membuka mende ni disebabkan banyak benda boleh diselenggara DIY berkenaan, contohnya penapis Aircond atau dipanggil pollen filter. Ia adalah sisyem yang bagus menyelamatkan system compressor air cond.. jgn jadi seperti kawanku yang pakai avanza 1.3 yang tiada system ini bila tak hantar servis lama naya jer kena seribu lebih RM servis Toyota compressor air cond.
Mula-mula aku siasat pergerakkan mekanikal laci tersebut, memerhatikan cara dilekatkan dan sambungan engsel plastic yang sedia wujud. pastu aku berteori sendiri.. dan memutuskan untuk tarik engsel ketika laci dibuka maksimum. Ianya dilakukan dengan teknik tersebut berdasarkan pertimbangan bahawa rekabentuk dan coraknya memang ada kelegaan untuk buka dan cabut.
Dengan Diiringi bismillah dan doa akupun tarik engsel tersebut ternyata benar memang ia sepertimana teori/ilham yang dijangkakan. Syukurlah tiada apa yang patah.
Proses pembelajaran sendiriku(berkat bimbingan guru-guru sekolah dan universiti) setakat ini diberi petunjuk dan bimbingan Allahu rabbil 'alamin. Alhamdulillah.
Engsel yang berjaya dicabut
Seterusnya adalah penyangkut yang jadi mengawal had bukaan laci. Ia boleh dibuka dengan menyengetkan laci seperti ditunjukkan dalam gambar.
Kemudian sementara laci masih disengetkan dengan menggunakan jari aku tarik keluar sambungan pengawal had bukaan laci tersebut. Seperti ditunjukkan pada gambar.
Akhirnya laci tersebut berjaya direlaikan keluar. bolehlah kita menyelenggara apa-apa dibelakangnya.
Seterusnya...
inilah dia sensor yang dipanggil thermo sensor yang mengawal suhu dalam kereta exora kalau mender kecik ni rosak maka kita akan dapat sistem aircond yang tiba2 x sejuk dan akibat tiub aircond membentuk ais batu. atau dalam bahasa omputih freezing.... under waranty ni.. masih free.
nanti dah out of warranty kena beli atau buat sendiri sesnsor ni sendiri. siapa yang berminat tahu harganya. bolehlah print gambo ni. lepas tu tunjuk ke kedai spare part air cond dan tanya harga.
Selamat mencuba.
Dari blog Ahazeman.
terbaik. sy pun kene masalah sama
BalasPadamBrape rm bro?
BalasPadamberapa harga thermo amp ni bro
BalasPadamKalau kipas no 4 saja yg jln knp ye..123smua xjln..ekon sejuk mcm biase cuma kipas xbole nk slow kne on 4 je bru pusing
BalasPadamBila on econ kipas radiotar pun on sekali x nak henti. Econ sejuk terlampau plk. Dah turun suhu pun x henti kipas.. Apa masallah yaa.
BalasPadamAssalamualaikum ,Exora saya air cond tiba tiba tak sejuk apa masalah dia .. Ahmad brp 16.
BalasPadamNkpasang sensor tu kat.yg on off auis tu .boleh ke bagi video nya.
BalasPadamAssalam Tuan,Tuan rasa thermocouple atau kotak hitam tu yg rosak? Terima Kasih
BalasPadamHi, kereta saya Proton Saga FLX 2013 SV. Lepas tukar cooling coil dan expansion valve akhir tahun 2019, sekarang masalahnya : Bila ON AC, ia sejuk beberapa minit, lepas itu panas (compressor stop). Kena switch ON and OFF, sejuk lagi, jadi panas... blower angin tiada masalah.
BalasPadamSaya DIY check nampak compressor ok (tiada bunyi bising, tiada oil leak, magnetic clutch ada engage, belt ok), conndenser paip masuk dan keluar - temperature pun ada beza, paip keluar dari expansion valve balik ke compressor pun ada sejuk...semua nampak elok.
Saya syaki ini masalah thermistor (cooling coil temperature sensor), saya cabut dahulu battery cable, lepas itu cabut connector sensor ini dan ukur pakai multimeter, ia tunjuk 1.96k Ohm.
Soalan:
1. Adakah ini masalah cooling coil temperature sensor ?
2. Jika betul, berapa kos semua buat di workshop ? Mesti buka semua dashboard atau tak perlu ?
3. Untuk jimat, bolehkah DIY tukar sensor ini tanpa buka dashboard ?- sebab takut labor terlalu mahal. (kalau boleh, cabut keluar saja sensor dan insert yang baru)
4. Macam mana tahu kalau ini mungkin masalah Thermo amp control module?
Terima Kasih banyak.
Sy bru tukar termo amp.. kreta sejuk skjp dlm 5min.. termo amp bru terbakar... Sbb apa ye?
BalasPadam