Selasa, 22 Ogos 2017

DIY - EB Gear Sangkut

Assalamualaikum
Berikutan minggu lepas byk sangat kes EB gear sangkut, gear gerak dah gerak tapi kat meter tak tukar display, gear lever stuck dari P ke R..
Pagi nie saya tunjukkan DIY cara2 nak buka cover console gear lever agar dapat kita check mechanism gear lever dan bush pada stik ke cable gear switch..
Selamat mencuba.. ikut arahan gambar..

Tq..

Buka tombol gear.. pulas ke arah lawan arah jam..


On suis dan setkan gear lever ke N.


Buka cover gear console.. nak buka mcm mana.. umpillah dengan hati2..


Buka skrew kiri dan kanan gear console..



Buka skrew kiri dan kanan gear mechanism cover..



Ini part yg penting nak check.. bush gear stik ke cable ke gear switch gear box.. 
Part ini jugak punca gear jadi merapu di sebab kan bush pecah dan tercabut dari gear stik..



Kita diy pasang cable tie utk elak bush terkeluar dari stik.. jika ada grease yg nipis atau heavy duty boleh sapu sikit pada area cable tie..




Ini part sebelah kiri gear mechanism yg mana terdapat selonoid yg mengawal lock dan unlock gear dari P ke R.. 

Ujian smooth selonoid nie bergerak.. setkan gear lever pada P, on suis engine dan tekan2 pada padel brek.. stik ini akan bergerak naik turun.. jika setiap kali kita tekan padel brek dan stik gerak tak ikut tekan padel maka suis brek atas padel brek elok tukar..


Sekian...


Rujukan kes dari:-


Terima kasih pada yg terlibat memberi info2.


-Admin.-

23 ulasan:

  1. Terima kasih..baru berlaku kat exora..ingatkan masalah gear box..rupanya ni je..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum bos,

    Gear preve saya tak boleh shift dari P ke mode lain

    ada advice tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama saya pon tengah jadi... Adooo x ley gerak nii

      Padam
  3. Assalamualaikum.. terima kasih tuan. Baru berlaku kat Exora kesayangan ambe juga tadi. Alhamdulillah info yg tuan kongsi byk membantu.. bole repair sendiri jek. Alhamdulillah. jazakallahu khairan kathira.

    BalasPadam
  4. Saya dh buka..tapi x jumpa paddle brake lock unlock tu..gear saya skrg di P tapi meter di D

    BalasPadam
  5. Baru kena semalam alhamdulillah diy sdiri....

    BalasPadam
  6. T.kasih tuan info yg sngt berguna..kete saya baru je kene alhamdulillah sangat mudah betulkan sendiri

    BalasPadam
  7. Salam... Exora saya bila masuk mode R kena bergerak ke dpn.... Apa masalah ya....

    BalasPadam
  8. Info uang sangat berguna..terima kasih

    BalasPadam
  9. As'salam, gear reverse sy sahaja yg tak boleh masa dan kereta tak gerak reverse, panel pada meter tukar ke R tapi kereta tak gerak, kenapa ya ,

    BalasPadam
  10. Salam. EB sy dh hampir 8 thn. Problem skrang, gear display D. Tombol kat P. Then, tombol dah tak boleh ke gear lain. So, nak start kete tak boleh. Sbb kat display masih D. Ape masalah ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa masalh kereta tuan.... saya baru ja kena tadi

      Padam
    2. Dapat tau tak apa masaalah tuan? Exora saya baru je kena..masuk gear parking tapi panel tunjuk D..skarang dah stuck xboleh gerak..start pun xboleh

      Padam
    3. Settle macamana bro? Baru jadi ni..tengah drive..x bole ke N...so drive terus, sampai rumah, letak ke P, tapi panel masih D, dan kereta bergerak

      Padam
    4. baru jadi tadi, ubah. kereta letak kat P masa tutup enjin dia sentap, tgk tgk indicator dekat D lagi, esok pagi la tgk. try start mmg tak boleh sebab gear dekat D. Lepas tu check enjin tu menyala tak mau padam. harap harap Bush je problem..

      Padam
    5. dah check pagi pagi, bush mmg pecah, try nak buh cable ti, tak ada yg kecik, yg besar tu bubuh tak mau lekat, jadi diy guna getah yg ada dalam muncung tong gas tu sementara nak ganti bush yg pecah tu sebab tgk size dia lebih kurang sama, lepas tu nak hold tak mau bagi stick tu keluar saya guna getah dalam kepala paip, potong bulat tengah tu bagi besar sikit. jolok dalam dalam bagi lekat dekat selak dalam tu. sebab kalau tak tekan dalam die tak mau lekat. Lepas nie tgk la berapa lama dia nak keluar balik. kalau ada grease bubuh sikit bagi getah tu senang dia nak pusing masa tukar gear.

      Padam
  11. Mohon bantuan...
    Gear auto Exora Bold tak ada D.. dari N tarik ke D.. kekal N..kereta tak boleh gerak.. masuk 3 ok..tolak ke D.. kekal 3 dan boleh gerak.. apa masalahnya ni..

    BalasPadam
  12. Saya baru kena hari ni. Display N tapi gear P. Kena kat RNR pulak kena tow sampai rumah sebab kedai tutup sebab raya. Terbang RM250 + TOLL

    BalasPadam
  13. Gear saya pulak x bole letak ke P. Klu letak ke P fius 10 kt box dpn putus dan x bole start. Nk parking pon letak N je. Kena ganti fius baru.. Asal letak P je fius putus.. Dh 4 bln dh guna N je. Nk hntr SC modal x banyak ni. Tolong bantu

    BalasPadam
  14. salam nk tanya.. masalah n punca .nk ke gear P dia tersekat Dan xleh lngsung ke..Yang lain ok..

    BalasPadam
  15. Tiba2 je arni terjadi..X boleh nk ke P..dia tersekat..boleh sy tahu puncanya..

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

DIY - Repair Tombol Suiz Aircond EB

Angkara keganasan anak², maka rosaklah tombol suiz aircond EB. Mujur tetiba muncul idea DIY. Alhamdulillah berjaya setel masalah. Jom, tg...